Apa Kesan Undang2 Berita Palsu Kpd PRU14 ?

Petang tadi saya berasa lucu selepas menonton video live yang di pancarkan dari negara Goheadgostan ( bersebelahan Afghanistan dan bersempadan dgn wilayah Pandirstan ) . Penyampainya ialah Panglima Najib Razak bernama Hang Tuah
Hang Tuah mendakwa lapuran DOJ bukan berita palsu .Yg menjadi berita palsu ialah sekiranya mendakwa Dato Seri Najib bersalah . Penulis bersetuju sangat dengan Hang Tuah . Sebuah pertuduhan mahkamah di perlukan untuk mendakwa Najib Razak dan seterusnya sabitan dari tuan hakim yang arif lagi bijaksana adalah perlu sebagai bukti . Namun begitu , adakah sebuah pertuduhan mahkamah dan seorang hakim yang bijaksana untuk menyabitkan kesalahan Najib Razak di perlukan untuk menang PRU14 ?
Kepada Hang Tuah , apa faktor untuk memenangi pilihanraya di negara ini sejak 1957 ? Sebagai contoh , adakah ia berkaitan faktor video lucah seorang pemimpin pada 2013 yang cuba di jadikan bukti oleh BN sebagai cara untuk menang pilihanraya ? Tetapi adakah ianya berhasil ? Jawapannya ialah gagal dengan teruk sekali . Sebab apa ? Sebabnya yang memainkan peranan untuk memenangi pilihanraya ialah PERSEPSI . Pada PRU 2013 , majoriti pengundi (53% ) merasakan pihak yang menayangkan video tersebut ke Media Sosial adalah LEBIH JAHAT berbanding kejahatan yang mereka cuba buktikan di dalam rakaman video itu . Inilah kuasa sebuah persepsi berbanding bukti dalam konteks untuk memenangi sebuah pilihanraya
Apa yg perlu di lakukan oleh pasukan kempen PH ialah menunjukkan kewujudan bukti transaksi 2.6 billion dalam lapuran DOJ kepada pengundi . Seterusnya nyatakan pengakuan Najib Razak bahawa memang terdapat kemasukan 2.6 billion ke dalam akaun peribadinya . Dan akhir sekali nyatakan bahawa Najib Razak tidak dapat memberikan bukti penyata transaksi tersebut berasal dari penderma . Sebaliknya DOJ dengan jelas telah menunjukkan bukti tersebut , tetapi ianya bukan dari penderma tetapi dari bon terbitan 1mdb . Jangan juga lupa nyatakan bahawa Peguam Negara menolak permohonan SPRM untuk MLA
Semua yg di sebut bukan berita palsu tetapi fakta . Pasukan kempen PH akan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan samada Najib Razak bersalah atau tidak . Biarkan rakyat menjadi HAKIM NEGARA . Sekali lagi di ulang , dalam konteks untuk memenangi pilihanraya , tak perlu sebuah pertuduhan mahkamah atau sabitan hakim yg arif lagi bijaksana ke atas kes derma 2.6 billion Najib Razak . Serahkan kepada rakyat negara ini menjadi hakim negara pada hari pengundian nanti
Rakyat telah bijak . Mereka boleh membezakan antara bukti WMD Iraq yg di bawakan oleh regim Bush dan bukti transaksi bank yg di bawakan oleh DOJ . Satelit pengintip boleh melakukan kesilapan seperti mana Mama Tarosan tersilap memangkah jamban yg di sangkanya rumah Ali Baba . Tetapi transaksi perbankan di zaman moden tidak pernah silap . Jangan lupa Dato Seri Najib dan Pejabat Perdana Menteri tidak pernah membuat penafian bahawa bukti transaksi di dalam lapuran DOJ itu adalah palsu . Semua FAKTA ini akan membentuk PERSEPSI yg amat kuat di dalam minda pengundi untuk membuat keputusan apabila mereka semua di lantik menjadi hakim negara pada hari membuang undi
Jika di soal pada hari ini di manakah kekuatan Hang Tuah ? Samada pada huruf atau pada kerisnya ? Hari ini jawapannya ialah pada kejahilannya . Inilah kekuatan Hang Tuah yg menyebabkan dia di sayangi oleh Sultan Melaka . Apa yg di suruh buat , dia akan buat tanpa mengira salah atau betul . Hari ini 3 juta Hang Tuah dalam Umno sedang menunggu masa untuk menunjukkan kekuatan mereka tak lama lagi dalam kempen pilihanraya . Namun malangnya , kekuatan mereka hanya dapat mempengaruhi pengundi2 yg cikgu mereka mati semasa darjah tiga . Untuk kali ini mereka akan di tertawakan oleh pengundi2 dari golongan terpelajar . Sebutlah ayat bahawa Najib Razak tidak pernah di dakwa di mahkamah di dalam kempen2 mereka di bandar2 , nescaya berderai lah gelak ketawa dari penonton
Jangan lupa , RAKYAT HAKIM NEGARA
INI KALILAH
Selamat Malam
Rayyan Adam
27 Mac 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF