MACHIAVELLI : IT'S BETTER TO BE FEARED THAN LOVE 

 By Rayyan Adam
 13 June 2021

MACHIAVELLI : IT'S BETTER TO BE FEARED THAN LOVE


Di dalam buku The Prince yang di tulis oleh Niccolo Machiavelli pada kurun ke-16 dahulu, beliau menyatakan adalah suatu perkara yang terbaik jika seorang pemimpin itu di sayangi dan pada masa yang sama di takuti. Tetapi jika ianya terlalu ideal untuk di perolehi secara serentak, maka pilihlah untuk menjadi pemimpin yang di takuti.

Adakah perkara ini benar? Adakah perkara ini terbukti? Yang paling penting sekali ialah adakah perkara ini selari dengan ajaran agama? Mari kita perhalusi dalam artikel ringkas ini.

Apakah maksud Machiavelli seorang pemimpin yang di takuti itu lebih baik dari yang di sayangi? Andaikata seorang pemimpin itu gagal menjadi yang di sayangi kerana sebab2 tertentu? Kita lihat terlebih dahulu contoh mudah sebagai rujukan kepada contoh yang lebih rumit.

Kita ambil contoh seorang pengawal peribadi kepada seorang ketua samseng. Sebagai samseng yang bersikap kasar, sudah tentu beliau sukar untuk di sayangi secara semulajadi. Tetapi bagaimanakah beliau boleh mendapatkan kesetiaan dari pengawal peribadinya? Jawabnya ialah dengan menanamkan sifat takut ke dalam hati mereka. Seandainya ada rahsia yang terpecah kepada pihak lawan atau pihak berkuasa, keluarga pengawal peribadi tersebut akan menjadi taruhan kepada ketua samseng . Dengan cara ini beliau pasti akan berjaya mendapatkan kesetiaan dari orang2nya.

Sekarang kita pergi kepada contoh yang lebih rumit, iatu politik. Contoh pertama ialah kerajaan Korea Utara. Bagaimanakah mereka mengawal rakyatnya? Adakah secara sokongan sukarela yang berteras kepada rasa sayang kepada seseorang pemimpin, atau sesebuah Parti politik di sana? 

Sepertimana yang kita maklum , Korea Utara adalah sebuah negara Komunis. Tiada pilihanraya di jalankan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin pilihan mereka, atau Parti yang di rasakan terbaik. Kesetiaan dan sokongan dari rakyat pada dasarnya adalah secara paksaan, yang mana jika terdapat mana2 rakyat yang tidak setia atau mengkhianati negara, jawapannya adalah mati. Itulah cara Korea Utara mendapatkan sokongan dari rakyatnya, iatu menerusi unsur ketakutan.

Contoh kedua ialah era pemerintahan Najib Razak. Adakah sebenarnya Najib seorang pemimpin yang di sayangi, atau di takuti? Mungkin Najib ada kedua2nya, namun beliau juga pintar seperti musang kepada musuh2nya. Najib berbuat jahat tetapi ada hadnya, sama seperti Lenin, Stalin, Marcos, Suharto, malah Dr Mahathir sendiri. Tetapi beliau menonjolkan sifat2 baik, penyayang di hadapan rakyat. Beliau tahu untuk menjadi yang di takuti kepada individu yang tidak menyayanginya. Salah seorang darinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.Di waktu ini Najib akan menjadi musang yang pintar. Berbuat jahat kepada musuh yang tidak menyayanginya dan berbuat baik di hadapan rakyat.

Kesimpulannya Najib ada kedua2 perkara tersebut, iatu pemimpin yang di sayangi dan juga di takuti, , tetapi Najib lebih banyak di takuti oleh pemimpin di sekelilingnya berbanding di sayangi, dan faktor inilah yang menyebabkan beliau boleh terus bertahan sehingga Mei 2018, walaupun sepatutnya lama sebelum itu beliau sepatutnya telah meletak jawatan. 

Untuk menjadi pemimpin yang di takuti, Najib melanggar banyak nilai2 moral dan undang2 negara. Namun, wujud risiko besar untuk berkuasa secara di takuti. Samada pemimpin tersebut akan di dakwa di mahkamah setelah tiada jawatan atau mati setelah meletak jawatan ( selamatlah dia), atau terus di cerca dan di momok selepas tiada jawatan. Kita boleh perhatikan siapakah pemimpin yang terus hidup dan di momokkan sebagai diktator di negara kita, kerana pernah memerintah secara di takuti, walaupun ramai yang menyayanginya.

Falsafah Machiavelli bukanlah sesuatu yang selari dengan ajaran agama, tetapi ia adalah falsafah politik yang praktikal. Menurut beliau dunia ini di huni oleh ramai manusia penipu, suka memperdaya, mengambil kesempatan, pengkhianat,  pentingkan diri sendiri, tidak mengenang budi dan lain2 lagi. Menjadi pemimpin yang di sayangi akan berisiko di khianati oleh manusia2 seperti ini, kerana mungkin antaranya ialah ada kepentingan dengan pihak lain, ada agenda sendiri, dan bermacam lagi.

Perhatikanlah kerajaan Malaysia pada hari ini yang selalu di kocak kestabilannya oleh pemimpin2 yang memiliki sifat2 buruk seperti yang telah di sebutkan tadi. Walaupun Perdana Menteri seharusnya di sayangi kerana sifat2 tolerannya, jujur, ikhlas, amanah,integriti, tetapi wujud pihak2 di dalam selimut yang terus cuba mengkhianatinya. Di sinilah Machiavelli menyarankan perlunya seorang pemimpin itu melakukan sifat kejam dan jahat secara terhad. Namun, bagi seorang Perdana Menteri yang benar2 faham ajaran agama, matlamat tidak akan menghalalkan cara. Beliau percaya, suatu hari nanti manusia yang tidak mengenang budi pasti di sediakan tempat khusus untuk mereka di dunia ini. Sebuah tempat yang gelap dan penuh kesedihan, juga penyesalan.

Hari ini kita lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin berhempas pulas cuba menghayati ajaran agama yang menganjurkan kejujuran dan keikhlasan dalam pemerintahan, tanpa mengira samada rakyat yang di pimpinnya memiliki berbagai2 sifat dan sikap yang buruk. Menyekutukan diri dengan sikap buruk manusia yang di pimpin, tidak akan membawa negara ke mana2, tetapi secara umumnya ia menuju kepada nilai2 yang bertambah rosak. Siapakah lagi yang boleh menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dan pemimpin yang rosak? Siapakah lagi yang boleh menunjukkan pedoman yang betul kepada pemimpin seperti Najib Razak dan mentor yang di ikutinya? 

Tidak lain tidak bukan ialah seorang pemimpin yang benar2 memahami agama dan menghayatinya. Semoga Allah panjangkan usia pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY