BAGAIMANA NEGARA ISRAEL BOLEH TERBENTUK?

by Rayyan Adam
12 June 2021


BAGAIMANA NEGARA ISRAEL BOLEH TERBENTUK?

Hingga ke hari ini konflik di antara Israel dan Palestin seakan tiada berpenghujung. Mereka saling menuntut tanah di antara satu sama lain. Namun adakah kita tahu bahawa konflik ini memiliki kaitan dengan Perang Dunia Pertama? Perang Dunia Pertama adalah Perang dasyat yang membuatkan kedua pihak yang berperang buntu memikirkan jalan untuk mencapai kemenangan mutlak terhadap lawan mereka. Kedua pihak terus menggunakan pelbagai cara untuk memenangi perang tersebut.

Mungkin kebanyakan dari kita ingin tahu bagaimana bangsa Yahudi yang berasal dari Timur Tengah boleh tersebar ke Eropah dan lain2 negara di dunia ini.

Kisah ini bermula dari tiga pemberontakan besar bangsa Yahudi. Di mulai dari Great Revolt ( 66-73 AD ), Perang Kitos ( 115 - 117 AD ), Bar Kohba ( 132 - 136 AD). Yahudi di anggap sebagai bangsa yang cukup degil dan paling tidak patuh serta selalu memberontak terhadap kerajaan Rom. Mereka memberontak sebanyak tiga kali. Ini menjadikan kerajaan Rom berasa sangat berang. Mereka akhirnya memutuskan mengambil tindakan yang amat keras dengan mengasingkan bangsa Yahudi dari Yudea ( Palestin ) ke lain2 tempat dalam empayar Rom. 

Ini adalah hasil dari tindakan Kaisar Rom bernama Hadrian, iatu Kaisar yang terkenal kerana pembinaan tembok Hadrian. Sejak itu bangsa Yahudi di sebarkan kepelbagai negara asing. Istilah untuk perkara ini ialah ' Diaspora '
Bangsa Yahudi pun belajar beradaptasi di tempat tinggal baru mereka. Hasilnya jumlah bangsa Yahudi semakin bertambah ramai. 

Setelah di usir mereka berpindah ke negara yang lebih toleran dan memerlukan penghuni baru untuk tinggal di wilayah mereka. Para penghuni baru ini memberikan manafaat kepada pemerintah baru mereka dalam bentuk pembayaran cukai dan dalam bentuk khidmat negara, seperti menjadi askar dalam perkhidmatan tentera.

Dalam keadaan seperti ini, bangsa Yahudi terbahagi kepaad dua bahagian. Yang pertama ialah mereka yang berpuashati dengan tempat tinggal baru mereka dan menyokong asimilasi. Hal ini di lakukan dengan berbagai cara seperti mengganti bahasa, kebudayaan dan agamanya, agar semakin menyerupai rakyat setempat. Yang kedua ialah mereka yang tidak berpuashati dengan tempat tinggal baru mereka akibat pelbagai faktor seperti diskriminasi sosial, rusuhan anti Yahudi dan pembersihan etnik yang di lakukan masyarakat setempat.

Perkara ini mendorong mereka mencari kehidupan yang lebih tenang dengan cara bermigrasi ke negara lain atau menyokong nasionalisme yang bermatlamatkan sebuah negara untuk bangsa Yahudi. Seiring dengan perkembangan zaman, ramai di antara mereka memilih untuk tinggal di negara yang pada hari ini di kenali sebagai Austria dan Jerman. Ramai di antara mereka yang mendaftarkan diri untuk berkhidmat sebagai tentera di negara tersebut dalam Perang Dunia Pertama.

Salah seorang yang terkenal di antara mereka ialah seorang ahli kimia Yahudi bernama Fritz Haber, yang di kemudian hari di lantik oleh Jerman sebagai ketua dalam bidang persenjataan kimia oleh Kementerian Perang Jerman.Tugasnya ialah mengembang dan mengeluarkan pelbagai gas beracun demi kepentingan Jerman. 

Di Austria dan Hungary, negara tersebut memberikan hak kerakyatan sama rata kepada bangsa Yahudi. Akibatnya ramai Yahudi yang bermigrasi secara besar2an ke dua buah negara tersebut. Di antara mereka termasuk Bapa Zionisme, iatu Theodore Herzl. Oleh itu tidak menghairankan jumlah bangsa Yahudi yang mendaftarkan diri sebagai askar di negara tersebut mencapai lebih 300,000 orang. Di sini Yahudi telah memberikan suatu sumbangan yang besar di negara tempat tinggal mereka.

Namun bagi Inggeris dan sekutunya, sumbangan besar Yahudi terhadap Jerman dan Austria merupakan ancaman kepada mereka, kerana ini bermakna musuh mereka akan semakin sukar untuk di kalahkan. Di sebabkan oleh itu pihak Bersekutu harus mencari jalan agar dapat mempengaruhi bangsa Yahudi dalam mendukung kepentingan mereka dan memenangi Perang Dunia Pertama.

Pertubuhan Zionis mengambil keputusan untuk bersikap neutral dalam konflik ini, kerana menyedari ramai bangsa Yahudi yang tinggal di negara pihak Bersekutu dan di pihak Jerman - Austria. Kebijaksanaan untuk bersikap neutral ini memang sebahagian dari usaha Zionis untuk memastikan keselamatan bangsa Yahudi semasa perang sedang berlangung.

Sikap ini memang wajar di ambil kerana di banyak negara terutama di Barat, banyak terjadi rusuhan anti Yahudi yang terjadi sebelum itu. Rusuhan ini terjadi kerana pelbagai faktor seperti kecemburuan sosial, perbezaan budaya sehinggalah kepada masalah kepercayaan agama , seperti pandangan yang mengatakan bangsa Yahudi bertanggungjawab di sebalik kisah Nabi Isa di salib.

Perkara inilah yang menjadikan abad pertengahan menjadi abad yang cukup gelap bagi bangsa Yahudi yang selalu di jadikan kambing hitam apabila terjadi sesuatu masalah. Oleh itu pada waktu tersebut, dari perspektif bangsa Yahudi tinggal di negara Eropah sebenarnya lebih mencengkam, di banding tinggal di wilayah Arab atau Afrika Utara, yang di lihat dari sudut sejarah lebih toleran terhadap mereka.

Dalam tahun 1903, Joseph Chamberlain Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan Inggeris, telah menawarkan Pelan Uganda kepada Theodore Herzl, Bapa Zionisme. Beliau menawarkan sebahagian dari wilayah Kenya sebagai negara baru bagi bangsa Yahudi. Apabila Theodore membincangkan tawaran Inggeris ini dalam Kongres Zionis ke-6, delegasi Yahudi dari Rusia yang ketika itu sedang mengalami rusuhan etnik, menentang keras tawaran tersebut. 

Di antara tokoh yang menolak tawaran tersebut adalah Chaim Weizman, yang di kemudian hari menjadi Presiden Israel yang pertama. Walaupun menolak, Weizman tetap melihat harapan kepada Pelan Uganda, Dia melihat Inggeris adalah peluang terbesar bangsa Yahudi agar mereka dapat menubuhkan negara sendiri. Oleh itu pada tahun 1904, Weizman memutuskan untuk berpindah ke England dan menjadi pensyarah di Universiti Manchester.

Di England, beliau bersahabat dengan seorang lagi tokoh Yahudi, iatu Arthur Balfour. Di kemudian hari mereka berdua adalah tokoh yang bertanggungjawab menghasilkan sebuah deklarasi yang di kenali sebagai Deklarasi Balfour. Setelah mereka berdua di perkenalkan oleh Charles Dreyfus, iatu seorang lagi tokoh Zionis Inggeris pada tahun 1906, keduanya giat membincangkan Pelan Uganda. 

Telah berlaku perdebatan sengit kerana Dreyfus dan Balfour bersetuju dengan Pelan Uganda, tetapi Weizman tetap menolak dan sebaliknya beliau mahukan Palestin di Timur Tengah sebagai negara baru bagi bangsa Yahudi. Weizman sehingga menyatakan, seandainya Nabi Musa hadir dalam perbincangan tersebut, nescaya Nabi Musa pun tidak akan setuju. Arthur Balfour yang ketawa mendengarnya bertanya, adakah ramai bangsa Yahudi yang memiliki pendapat yang sama? Di jawab oleh Weizman, bahawa sesungguhnya saya ini  mewakili sebahagian besar bangsa Yahudi yang tidak boleh bersuara.

Tiada seorang pun yang menyangka pertemuan tersebut telah menjadi suatu faktor terpenting yang bakal mengubah sejarah untuk selamanya, kerana selepas lapan tahun dari pertemuan tersebut telah berlaku suatu perang besar yang bakal menjadi kesempatan terbesar Weizman dan bangsa Yahudi untuk mendapatkan tanahair mereka sendiri. Tapi bagaimanakah perkara ini boleh terjadi?

Dalam perang tersebut Inggeris dan Jerman sama2 memerlukan bahan mentah bagi keperluan perang mereka. Inggeris telah menggunakan strategi mengawal lautan dengan kapal2 Tentera Laut Di Raja mereka bagi memblok segala keperluan bahan mentah Jerman. Ia di balas dengan Jerman oleh serangan dari U-boat yang menyerang semua kapal dagang yang belayar ke England.

Ketidak mampuan Jerman dan Inggeris memenuhi keperluan import bahan mentah dalam negara, mendorong mereka mencuba pelbagai usaha untuk mengatasi kekurangan bahan tersebut. Jerman memiliki Fritz Harber yang telah berjaya mencipta baja tiruan. Ia juga terkenal kerana ciptaan senjata kimianya.

Perang tersebut tidak berjalan dengan lancar bagi pihak Bersekutu .Mereka menghadapi masalah kekurangan bahan letupan, khususnya yang di gunakan dalam pembuatan peluru meriam. Penggunaan meriam amat berkesan dalam Perang Dunia Pertama kerana sifat perang tersebut yang menggunakan kubu parit bagi benteng pertahanan. Di dalam buku The Chemist War tulisan Michael Freemantle, beliau menyatakan serangan meriam telah menyebabkan sehingga 58 peratus dari korban keseluruhan perang, berbanding serangan yang lainnya.

Perkara ini menunjukkan betapa isu kekurangan bahan letupan menjadi suatu masalah besar kepada pihak sekutu. Kapal dagang sekutu yang di blok oleh armada U-Boat Jerman di lautan menyebabkan krisis bahan mentah kepada mereka. Keadaan terus memburuk sehingga kepimpinan pihak sekutu merasakan mereka akan kalah kepada Jerman. 

Namun takdir telah di tetapkan sebaliknya. Seorang ahli kimia Yahudi iatu Chaim Weizman telah berjaya menemukan cara untuk membuat bahan letupan untuk pembuatan peluru meriam dengan menggunakan proses makmal. Melalui penemuannya itu, Inggeris berjaya mengeluarkan bahan mentah utama secara sintetik tanpa perlu mengimportnya. 

Kemampuan perang Inggeris meningkat secara drastik apabila berjaya meningkatkan pengeluaran peluru meriam secara besar2an. Hasil darinya mereka mampu merancang sebuah serangan besar di Somme, Perancis pada tahun 1916. Weizman proses adalah kejayaan penting Inggeris dalam Perang Dunia Pertama. Setelah penemuan besarnya itu, Chaim Weizman menjadi seorang  tokoh yang penting di England.

Weizman kemudian di perkenalkan dengan ramai pemimpin tertinggi Inggeris. Pada suatu ketika, David Lloyd George yang di kemudian hari menjadi Perdana Menteri, telah bertanya kepada Weizman, apakah balasan yang beliau inginkan hasil dari jasa2nya terhadap Inggeris? Weizman menjawab , bagi dirinya sendiri tiada apa2 yang di mahukannya, tapi saya ingin sesuatu untuk bangsaku. 

Perkara inilah yang menjadi penyebab tercetusnya Deklarasi Balfour pada tarikh 2 November 1917. Dalam deklarasi tersebut, Sir Arthur Balfour menyatakan Inggeris akan menyokong sebuah negara sendiri  bagi bangsa Yahudi yang terletak di Palestin. Isi kandungan deklarasi tersebut di serahkan kepada Lord Rothschild. Melalui deklarasi ini, Inggeris berharap bangsa Yahudi di England atau di Jerman, akan berpihak kepada mereka dalam Perang Dunia Pertama.

Selain itu deklarasi ini merupakan hadiah kepada Chaim Weizman yang telah menyumbang kepada Inggeris dan sekutunya dalam perang. Melalui kebijaksanaan ini, Inggeris dapat menunjukkan kepada bangsa Yahudi bahawa dengan menyokong pihak sekutu sahaja barulah Yahudi akan dapat mencapai impian mereka untuk memiliki sebuah negara sendiri. 

Deklarasi Balfaour adalah sebuah pernyataan rasmi dari kerajaan Inggeris yang menyokong terdirinya sebuah negara Yahudi di Palestin. Namun, wilayah yang di janjikan kepada Yahudi dalam deklarasi tersebut, di janjikan juga oleh Inggeris kepada pihak Arab. Maka akhirnya pada tahun 1948, terdirilah sebuah negara yang bernama Israel. Hasil dari kepintaran saintis Yahudi dan kebijaksanaan politik jahat Inggeris. 

Tidak hairanlah sehingga ke hari ini, Inggeris dan sekutunya seperti Perancis dan AS sentiasa menyokong Israel. Teknologi dan kepandaian Yahudi sentiasa membantu negara2 tersebut terkehadapan dalam aspek ketenteraan. Mereka bukan sekadar melobi kosong tanpa balasan. 

' Jangan soal apa yang negara boleh berikan kepada anda, tetapi soal apa yang anda boleh berikan kepada negara'

Mungkin takdir Tuhan yang melihat Yahudi sebagai penyumbang besar kepada dunia, maka impian mereka untuk memiliki negara sendiri di kabulkan. Namun yang jahat bukanlah Yahudi , tetapi Zionisme.






Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY