Tipulah Sekuat Hati Seperti Marcos

Presiden Marcos dalam pilihanraya terakhirnya , penuh dengan isu penipuan dan main kotor . Beliau fikir segala2nya di atas dunia ini di tentukan oleh manusia . Inilah padah jika cetek ilmu sejarah . Jepun main kotor ketika menyerang Pearl Harbour pada 1941 . Serang dulu baru istiyar peperangan secara rasmi terhadap Amerika Syarikat . Ini permainan tidak budiman
Tetapi apa nasib Jepun selepas itu ? Hancur binasa menjadi abu . Adakah Marcos mahu berfikir dan mengambil iktibar dari sejarah ? Rasanya mungkin tidak . Akal kelelakian beliau telah di tenggelamkan oleh isterinya , Imelda . Wanita ini adalah sumber kejayaan hidup beliau tetapi juga sumber kejatuhan beliau . Setiap kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita di belakangnya . Namun ada juga yg menjadi sumber kejatuhan . Oleh itu carilah wanita yg bersifat sehala , iatu yg menjadi sumber kejayaan sahaja . Carilah isteri seperti Dr Hasmah dan Dr Wan Azizah . Insyaallah bahagia hidup walaupun pelbagai dugaan datang menimpa
Berbalik kepada kisah Marcos . Dengan segenap jentera kerajaan di gunakan untuk menang pilihanraya termasuk menipu dan main kotor , tetapi takdir Allah mengatasi segala . Presiden Marcos di tolak oleh rakyat Filipina walaupun beliau di katakan memenangi pilihanraya . Tentu pelik bukan ? Tetapi ini membuktikan tiada yg dapat mengatasi kuasa Allah . Samada Parlimen atau undang2 negara . Semuanya akan tunduk menyembah kekuasaan Allah apabila waktu yg di tetapkan olehNya telah tiba
Menipu dalam pilihanraya bukan setakat berkaitan pengundi hantu ataupun di peti undi . Sebenarnya ia lebih luas dari itu . Mengadakan perkara2 yg sepatutnya tiada juga adalah sebahagian makna menipu . Sebagai contoh ialah mencipta suatu peraturan yg memaksa penyokong parti lawan terpaksa menutup mulut mereka dari mendedahkan penipuan dan keburukan parti pemerintah kepada umum . Walhal undang2 sedia ada telah pun di wujudkan . Inilah namanya ;
PENIPUAN PILIHANRAYA BERLESEN
Penulis tidak akan menghuraikan lebih lanjut mengenai istilah Penipuan Pilihanraya Berlesen . Pembaca sendiri boleh faham maksudnya . Presiden Marcos menipu dalam pilihanraya tanpa lesen . Dan hari ini penipuan tanpa lesen tersebut telah di ' upgrade " kepada ' The Next Level ' , menjadikan ia penipuan yg sah dan berlesen
Namun begitu selagi kita yakin dan percaya kepada Allah , tidak usahlah gusar . Marcos yg telah menang pilihanraya pun akhirnya terpaksa melarikan diri ke Hawai , apatah lagi kepada yg belum menang
Kepada Allah Kita Berserah
Selamat Pagi Sabtu
Rayyan Adam
31 Mac 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF