Sifat Tabligh Seorang Pemimpin
Seorang rakan menceritakan rasa jengkel nya terhadap Supervisor yang tidak meluluskan cutinya tanpa sebarang penjelasan . Pada hemat saya , rasa jengkel itu bukan datang dari isu cuti , tetapi di sebabkan tiada penjelasan panjang lebar yang jelas . Begitu juga negara kita . Dr Mahathir juga ada buat silap tetapi rakyat boleh memaafkannya kerana setiap isu akan di perjelaskan secara terperinci lagi telus . Itulah sifat Tabligh yang di tuntut oleh agama terhadap seseorang pemimpin
Adakah Dato Seri Najib juga begitu ? Adakah kita ada mendengar penjelasan terperinci dan panjang lebar dari beliau mengenai sesuatu isu ? Apabila di soal A , beliau jawab A . Bila di soal B , beliau jawab B . Berbeza dgn Dr Mahathir yang mampu menjawab A to Z walaupun soalan asal cuma berkaitan A , B dan C . Perhatikan Najib Razak menjawab bahawa tiada wang yang hilang dalam 1mdb , dan setakat itu saja penjelasannya . Ke mana wang itu pergi , di gunakan utk apa , mengapa tidak boleh di ambil semula , dan banyak lagi persoalan mengenai wang tersebut langsung tidak di perjelaskan . Dalam kes 9.5 juta Shafie Abdullah , situasinya lagi dasyat . Langsung tiada penjelasan !
Perhatikan pula cara Dr Mahathir menjawab dalam wacana di Karangkraf baru2 ini . Semua pihak terpesona dengan kefasehan beliau menperjelaskan persoalan yang di bangkitkan oleh barisan panel . Inilah contoh sifat Tabligh yang amat cemerlang di miliki oleh beliau , selain Siddiq , Amanah dan Fatanah
Semoga pilihan anda betul kali ini
INI KALI LAH !
Selamat Malam
Rayyan Adam
25 Mac 2018
25 Mac 2018
Comments
Post a Comment