Sesi Penerangan 1mdb Dah 90 Kali

Di maklumkan Arul Kanda dah buat sesi penerangan mengenai 1mdb sebanyak 90 kali . Tetapi nama Dato Seri Najib seolah2 tidak juga bersih . Penulis cadangkan suatu idea drastik untuk membersihkan nama beliau . Idea tersebut ialah sesi penerangan menerusi video oleh Jho Low . Ini di rasakan paling berkesan . Dengan sekelip mata sahaja nama Dato Seri Najib di jamin menjadi bersih
Dalam video tersebut Jho Low boleh menyatakan bahawa surat Bank Negara kepada PAC bahawasanya Goodstar adalah milik beliau adalah BERITA PALSU . Format yang seterusnya ialah soalan terpilih dari rakyat Malaysia mengenai beberapa isu 1mdb . Beliau akan menjawab secara live dan di soal balas secara live juga oleh panel yang di pilih khas . Sudah tentunya ia di pilih dari Pakatan Harapan kerana matlamat program tersebut ialah untuk membersihkan nama Dato Seri Najib . Boleh ? JASA bagaimana ? Boleh atau tidak ?
Itu jika benar2 ikhlas dan jujur hendak bersihkan nama Sebenarnya tidak dapat Jho Low pun tidak mengapa . Bekas CEO , Shahrol Helmi pun memadai , dan cara ini lebih baik . Adakan video live terlebih dahulu dengan beliau dan rekodkan segala jawapannya . Selepas itu baru teruskan dengan Jho Low . Dan kita semua boleh perhatikan samada jawapan kedua2 mereka selari atau saling bercanggah antara satu sama lain
Sekali lagi di soal , JASA sanggup atau tidak terima cadangan ini ? Bukankah fungsi JASA memberi penjelasan kepada rakyat ? Dan buktikan fungsi JASA yang menggunakan wang pembayar cukai untuk membayar gaji kakitangannya bukan hanya sekadar untuk mempertahankan Najib Razak dan kepentingannya ? Susah sangatkah nak laksanakan permintaan yang mudah ini ?
Rakyat terus memerhati dan menilai . Ada sekitar 60 hari lagi sebelum pilihanraya . Jangan lagi tuduh Pakatan Harapan buat fitnah mengenai 1mdb jika kerajaan sendiri takut untuk di soal secara berdepan oleh rakyat yang terpelajar lagi bijaksana
BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH
Selamat Pagi Selasa
Rayyan Adam
20 Mac 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF