Semua Jawapan Adalah ' Past Tense '

Esok Tahun Baru Cina . Menandakan satu lagi peringkat yang membawa kita semua semakin hampir kepada hari pengadilan . Tidak dapat di jangka apa boleh berlaku dalam tempoh 120 hari sebelum pilihanraya ke 14 negara .
Semua isu ke atas Dr Mahathir telah gagal . Itu saja yang boleh di perkatakan setakat ini . Isu Forex gagal dengan teruk . Ia di tutup dengan alasan siasatan akan di teruskan . Tetapi malangnya rakyat sudah terlalu kenal denganmaksud ayat tersebut . Ia bermaksud tiada kes . Isu kekayaan anak2 Dr Mahathir gagal . Untuk menjadikan ia berjaya , maka isu kekayaan semua anak2 Menteri dan anak tiri Perdana Menteri haruslah terlebih dahulu di jelaskan . Jika Reza Aziz bukanlah sesiapa , ceti haram di negara ini pun tidak sanggup untuk pinjamkan seribu ringgit kepada beliau Apatah lagi pinjaman 400 juta ringgit tanpa cagaran !
Isu2 berkaitan pentadbiran terdahulu dan projek2 yang di anggap gagal . Tun Dr Mahathir Mohammed telah mempelawa penyokong2 kerajaan termasuk ketua komander mereka iatu Dato Seri Najib Razak untuk bersemuka dengan beliau dalam dialog terbuka Nothing To Hide agar penjelasan secara bersemuka dapat di berikan . Namun penyokong kerajaan dan Dato Seri Najib sendiri enggan mengikuti langkah Bruce Lee dalam filem Big Bos .
Dalam filem tersebut dua orang hero budiman bersemuka untuk menentukan siapa lebih handal . Siapa yang kecundang bakal mati .Tetapi dialog tersebut berakhir dengan salah seorang Big Bos tidak muncul . Sebaliknya mereka hantar ' cicak dan lipas ' ke majlis tersebut . Selepas menjelirkan lidah kepada Tun Mahathir , cicak pun melarikan diri
Ini semua perbuatan yang memalukan . Penyokong kerajaan hidup dalam masa lepas . Mereka tidak menjawab kegagalan yang di lakukan kerajaan pada hari ini tetapi sentiasa menunjuk ke masa lalu . Mereka lari dari masalah . Siapakah yang mengajar mereka hidup cara begini ? Sentiasa lari dari masalah hari ini dengan cara mengungkit masa lalu ? Adakah masalah yang timbul hari ini boleh selesai dengan cara begitu ? Yang lebih parah lagi , pakar propaganda mereka mengunjurkan pula angka2 kejayaan dalam bentuk ' Future Tense ' . Kononnya berpuluh pasar raya AKAN di buka . Kononnya projek TRX dan Bandar Malaysia AKAN selesaikan semua masalah 1mdb
OLEH ITU BILA MEREKA AKAN BERCAKAP MENGENAI PRESENT TENSE ?
Fikirkanlah bagi anda yang berakal . Adakah kerajaan seperti ini yang kita mahukan ? . Sebuah kerajaan yang sentiasa menyogokkan rakyatnya dengan kisah kenangan lalu dan kisah masa akan datang . Kisah hari ini tidak wujud
Tepuk dada tanya selera - Selamat Malam
Rayyan Adam
15 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

THE STORY OF GRIEF

KISAH KEBANGKITAN CHINA