Sebuah Kerajaan Yang Gagal
Ingat lagi kata2 GST akan turunkan harga barang ? Hari ini ia telah menjadi bahan gurauan paling popular di kalangan rakyat negara ini . Ini adalah berpunca dari sebuah kerajaan yang banyak beretorik berbanding perlaksanaan
Penulis terbaca artikel blogger yang mendakwa jadi nombor satu di negara ini suatu ketika dahulu . Artikel mengenai GST dan segala fakta sokongan bercampur propa ' nasi tambah ' . Dalam ruangan komen ramai pula yang memberi respon positif . Sudah tentulah penyokong2 dari Barisan Nasional . Namun ada pula seorang dua yang menyoal si pembuat artikel dengan soalan2 cepumas . Antaranya selepas kewujudan GST , adakah harga barangan naik atau turun ? Di sini timbul kelucuan apabila jawapan berkualiti tinggi gagal di berikan oleh si pembuat artikel atau pun penyokong2 setianya di situ . Samada mengelak menjawab atau spin sana sini
Dan mengikuti seterusnya komen demi komen , akhirnya bertemulah dengan pengakuan si penulis artikel bahawa sesungguhnya masalah kenaikan harga barang selepas GST di laksanakan berpunca dari kelemahan penguatkuasaan oleh KPDNKK . Namun ada penyokong yang masih tidak boleh terima kenyataan . Di ulas bahawa ini adalah sabotaj untuk memburukkan imej kerajaan
Di sini , masalah sebuah kerajaan retorik telah pun terserlah . Masalah tersebut ialah perlaksanaan . Kerajaan yang gagal melaksanakan apa2 juga dasar yang mereka buat , adalah sebuah kerajaan yang gagal dan wajib di tolak . Walaupun seribu kali mereka mendakwa bahawasanya mereka memiliki rancangan yang baik untuk rakyat , tetapi sekiranya mereka gagal melaksanakan semua rancangan itu mengikut apa yang mereka janjikan , bermakna mereka adalah sebuah kerajaan yang GAGAL
Alasan yang di sebut di dalam artikel tersebut ialah KPDNKK kekurangan kakitangan untuk memantau . Ini adalah alasan yang samasekali tidak boleh di terima kerana ia menunjukkan ketidakcekapan mereka yang di beri tanggungjawab . Seolah2 tiada rakyat negara ini yang ingin berkhidmat dengan KPDNKK sekiranya permohonan jawatan kosong di buka
Itulah sebabnya kerajaan yang wujud pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang wajib di tolak . Mereka gagal dalam misi perlaksanaan untuk meringankan beban rakyat . Mereka mungkin cukup bergaya dari segi membentangkan pelbagai2 dasar dan rancangan seperti yang mereka war2kan dalam manisfesto . Tetapi tanpa kecekapan untuk melaksanakan apa yang di janjikan , ia tidak akan memberi sebarang makna kepada rakyat negara ini . Walaupun ada SEJUTA hujah2 dari golongan pemikir kerajaan ( di baca di sini sebagai kaki propa ) , tetapi di penghujung hari rakyat tidak boleh gunakan hujah2 tersebut untuk memberi makan kepada anak isteri di rumah . Mereka perlukan TINDAKAN
Mereka perlukan harga barang2 yang munasabah untuk meneruskan kehidupan . Tetapi kaki propa di pihak kerajaan terus membuat hujah lucu dengan mendakwa GST menurunkan harga barangan ? Adakah mereka terfikir seandainya pekedai sesuka hati menaikkan harga barang dengan alasan GST ,pihak mana yang akan pantau mereka ? Oleh itu di ulangi sekali lagi bahawa di penghujung hari segala2nya akan menjadi nyata . Rakyat tidak boleh di beri makan dengan hujah tetapi dengan TINDAKAN dan PERLAKSANAAN oleh kerajaan
Oleh itu sekali di ulangi , jangan pangkah Barisan Nasional pada hari pengundian kerana mereka adalah sebuah kerajaan yang gagal . Mereka telah gagal menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga barang setelah perlaksanaan GST . Akibatnya hari ini rakyat begitu tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi . Ikan kembong telah menjadi makanan orang berada .Sungguh menyedihkan . Di ulangi sekali lagi ;
Jangan sesekali pangkah Barisan Nasional pada 9 Mei ini kerana mereka telah gagal menunaikan janji2 mereka untuk menurunkan harga barangan setelah GST di perkenalkan
Selamat berhujung minggu
Rayyan Adam
15 April 2018
15 April 2018
Comments
Post a Comment