Perbezaan Cytro Najib Razak dan Dr Mahathir
Apabila membaca posting2 di Media Sosial pada hari ini , pasti kita akan terbaca DUA aliran posting yang jelas iatu aliran Dato Seri Najib yang pro kerajaan dan aliran Tun Dr Mahathir yang menyokong Pakatan Harapan . Sebelum kemasukan Dr Mahathir ke dalam Pakatan Harapan , posting2 di Media Sosial oleh Cytro mereka agak kurang menarik kerana kurang pengisian atau ' substance ' . Tetapi selepas Dr Mahathir menyertai PH , beliau membawa sekali aset Umno yang sangat bernilai iatu Cybertrooper mereka yang agresif dan berpengetahuan . Inilah cybertrooper yang telah ' melanyak ' sehingga lumat pihak.lawan semasa PRU13 sebelum ini
Tetapi itu dahulu . Sekarang suasana telah bertukar . Kawan jadi lawan dan lawan jadi kawan . Akibatnya , buku telah bertemu ruas . Kali ini semua sudah terbalik Semasa PRU13 sebelum ini , Cytro pembangkang lebih banyak berhujah guna auta berbanding otak . Tetapi hari ini cytro pembangkang berhujah guna otak sementara cytro Umno @ Barisan Nasional guna auta berbanding fakta dan otak . Ini bukan fitnah tetapi kenyataan
Sebagai contoh klasik , Cytro Umno mendakwa tiada wang 1mdb yang hilang . Apabila di soal balas oleh cytro Pakatan Harapan mengenai lapuran audit negara yang menyatakan sebanyak 28 billion ringgit wang 1mdb tidak dapat di sahkan kewujudannya , apa jawapan mereka ? Jawab mereka pembangkang nak jatuhkan Dato Seri Najib Razak . Itulah contoh fakta cytro pembangkang yang di jawab dengan auta oleh cytro Umno @ Barisan Nasional
Ciri2 yang sama banyak di kekalkan oleh Cytro kerajaan semasa PRU 13 dahulu . Yang paling jelas untuk di sebut ialah suka mencarut , maki hamun , posting mengejek , menyerang peribadi cytro pihak lawan sehingga ke tahap tidak masuk akal . Jika di soal kepada ahli2 Umno sendiri , sebahagian besar tidak menyukainya , malah turut mengutuk perbuatan tersebut . Tetapi apakan daya kerana Dato Seri Najib menyokong mereka . Tidak pernah kedengaran beliau membuat ucapan berupa teguran kepada Cytro nya agar lebih berhemah , bersopan dan lebih kan substance dalam setiap posting
Penulis akui bahawa kadangkala posting penulis pun kadangkala mengarut tetapi itu bukanlah semuanya . Dari sepuluh.mungkin satu atau dua . Ia memang di sengajakan kerana dalam hidup ini kita perlu keseimbangan . Tidak boleh serius melampau atau jenaka berpanjangan . Ia perlukan formula yang betul demi untuk mengwujudkan fokus , menyerap mesej dan menghilangkan kebosanan . Penulis banyak memerhati formula yang di gunakan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di dalam filem2 nya
Akhir sekali penulis ucap tahniah kepada cytro Pakatan Harapan yang telah mengekalkan piawaian yang tinggi dalam setiap posting mereka . Inilah yang boleh terjadi setiap kali Allah ingin memberikan kemenangan kepada pihak yang di anggap lemah dan kalah . Ingatlah sejarah kemenangan Tentera Islam Mesir ke atas Tentera Mongol yang gagah perkasa dahulu adalah berpunca dari berpaling tadahnya Jeneral2 Gengkhis Khan kepada agama Islam
Selamat Pagi Selasa
Rayyan Adam
27 Februari 2018
27 Februari 2018
Comments
Post a Comment