Pandangan Dua Kupang
Sudah banyak yang di tulis mengenai isu Jhe Low dan harta2 kekayaan segeranya . Ini adalah tulisan terakhir dari penulis , sekurang2nya buat masa ini mengenai isu rampasan kapal mewah The Equanimity yang di katakan milik ' Jhe Low ' . Walaupun ayat rasmi ialah ' milik ahli perniagaan Jhe Low ' , tetapi penulis cuma sebut Jhe Low sahaja kerana tidak ada profesion yang tepat untuk menjelaskan kerjaya beliau . Untuk di tulis sebagai penipu profesional dunia , penulis bimbang akan mencetuskan gelombang kemarahan tiga juta rakyat di negara ini . Mengapa tiga juta ? Usah di tanya
Allahyarham Rahim Kajai pun mungkin bersetuju dengan penulis dan potensi artikel ini di ludah , di keronyok dan di campak ke dalam tong sampah mungkin tipis . Daripada menaikkan kemarahan sekumpulan besar pembaca , lebih elok ambil jalan selamat . Oleh itu penulis akan tulis yang baik2 sahaja mengenai Jhe Low dalam artikel ini . Sesungguhnya kerana Jhe Low lah Umno dan Barisan Nasional memenangi pilihanraya ke 13 yang lalu . Kita harus ingat Umno hendak beli poster bukan guna daun kering . Umno nak upah Cybertrooper bukan guna wang monopoli . Oleh itu nampak sekarang jasa2 Jhe Low kepada Umno ? Siapa yang masih tidak nampak , alamat pendek umur .
Tiada sesiapa boleh membalas jasanya , kecuali angka tiga juta yang telah di sebut tadi . Sayangilah Jhe Low seperti menyayangi Dato Seri Najib Razak . Kalau perlu buatlah hastag ' kamigengjhelow '
Mengapa hendak di tuntut kapal mewah tersebut . Ia milik Jhe Low . Wang tersebut dari Aabar BVI yang palsu . Berbelas billion ringgit di bayar ke entiti palsu tersebut dan Jhe Low tidak tahu apa2 . Dia cuma tahu apabila bangun pada suatu pagi dan mendapati ada berbilion ringgit dalam akaunnya . Dan ada beberapa kali sejak 2009 , terdapat kemasukan 700 juta ke dalam akaunnya . Selepas itu ada empat kali kemasukan beratus juta dollar ke akaunnya . Maka salahkah dia berbelanja mewah dengan wang yang ada dalam akaunnya ? Dia TIDAK TAHU punca asal usul wang tersebut .
Juruwang di kaunter bank tidak tahu . Pegawai bank tidak tahu . Pengurus bank tidak tahu . Gabenor bank pun tidak tahu . Pengawal Keselamatan yang jaga pintu bank tak tahu . Tukang sapu di bank lagilah tidak tahu . Semakan di dalam sistem online pun tulis ' Tidak Tahu ' . Kesemua mereka menjawab tidak tahu . Tak tahulah apa yang mereka tahu . Mungkin cuma makan saja yang mereka tahu . Habis tu Jhe Low nak bertanya kepada siapa lagi ? Penulis jangka itulah jawapan beliau sekiranya takdir membawanya ke muka pengadilan .
Pada Jhe Low perkara ini biasa saja . Ada lagi yang lebih luarbiasa . Rakannya dapat hadiah 400 juta ringgit macam tu saja . Tak perlu buat kertas kerja atau sokongan wakil rakyat . Duduk goyang kaki pun ada orang nak beri duit . Rezeki ada di mana2 . Asalkan rajin berusaha . Kadang2 duduk diam pun boleh terjumpa rezeki , apatah lagi jika gigih berusaha dengan menunggang kuda di Kasino Las Vegas
Kes yang sama juga berlaku di negara kita . Apabila seseorang itu tidak tahu ada sejumlah wang yang bukan miliknya telah di masukkan ke dalam akaunnya , dan dia belanjakan wang tersebut , tetapi kemudiannya di soal oleh pihak berkuasa , jawapan TIDAK TAHU yang di berikan telah melepaskan individu itu dari dakwaan di Mahkamah . Nampak ? Tak perlu pun pergi mahkamah . Setakat peringkat pihak berkuasa sahaja . Persoalan logik atau tidak jawapan yang di berikan , itu boleh tolak ke tepi . Yang menentukan logik pada hari ini bukan sifat perbuatan itu sendiri , tetapi siapa pelakunya dan siapa yang sedang berkuasa . Itulah makna logik pada waktu ini di negara kita
Begitu juga dgn Jhe Low . Penulis bayangkan dalam imaginasi , pada suatu pagi beliau hendak pergi sarapan dan pergi ke ATM bank untuk keluarkan llimapuluh ringgit untuk ke McDonald . Tiba2 keluar di skrin mesin ATM baki wang nya ialah dua billlion ringgit . Maka dia pun gunakanlah 1 billion untuk beli kapal mewah dan baki satu billion dia simpan . Itu cuma sekadar imaginasi penulis . Jika anda di takdirkan betul2 di hadapkan dengan peristiwa sebegini , apa anda akan buat ? Jangan lupa tulis di ruangan komen apa anda akan buat bila tiba2 menjadi billionaire dalam tempoh sehari ! ...Pak cik Kayo !
Oleh itu setakat ini dulu pandangan Dua Kupang ( My Two Cents ) mengenai isu kapal mewah Jhe Low . Jangan lupa..... Jhe Low ' tak bersalah ' tau
Selamat Pagi Selasa
Rayyan Adam
6 Mac 2018
6 Mac 2018
Comments
Post a Comment