Negara Yg Sedang Menuju Kegagalan
Sedih membaca sebuah kenyataan pro kerajaan bahawa Barisan Nasiona mesti di sokong demi kesejahteraan anak2 dan masa depan mereka . Sebuah kerajaan yg penuh dgn nilai korup , Menteri korup , kakitangan kerajaan yg mencontohi nilai2 korup pemimpin kerajaan , adakah boleh memberi masa depan yg baik untuk anak2 ?
Ia bakal berakhir sebagai sebuah Indonesia setelah Suharto letak jawatan dan Filipina setelah Marcos di gulingkan . Rakyat di kedua buah negara tersebut yg berkahwin pada tahun 60an , tidak menyangka bayi comel yg di lahirkan oleh mereka akhirnya akan pergi meninggalkan negara tersebut 20 tahun kemudian untuk bekerja sebagai orang gaji di Timur Tengah dan sebahagiannya pula bekerja sebagai buruh binaan di Malaysia
Fikirlah masak2 sebelum memangkah Barisan Nasional dalam PRU14 ini . Pemimpin korup telah merosakkan semua pemimpin yg asalnya baik . Mereka adalah virus berbahaya yg sedang menjangkit kepada semua pemimpin baik di negara ini . Menteri yg asalnya berprinsip , lama kelamaan bertukar menjadi manusia yg sudah tidak kita kenali lagi .
Menteri biadab hanya mahu merendahkan ego mereka memohon maaf kepada pihak2 tertentu semata2 demi untuk mengekalkan kuasa dalam pilihanraya , bukan di sebabkan kerana mereka telah benar2 insaf . Perdana Menteri tidak pernah mengajarkan budaya bersopan santun kepada Menteri dan penyokongnya . Sesungguhnya negara kita sedang musnah menjadi sebuah negara yg penuh kebiadaban di bawah Barisan Nasional yg di pimpin oleh Dato Seri Najib Razak
Oleh itu sekali lagi di soal , siapakah yg bakal anda pangkah dalam PRU14 nanti ? Adakah ia sebuah kerajaan yg penuh korup , sebuah kerajaan yg akan membawa negara ini mengamalkan rasuah dan budaya biadab ?
Tepuk dada tanya selera
Selamat Pagi Isnin
Rayyan Adam
19 Mac 2018
19 Mac 2018
Comments
Post a Comment