Hidup Ini Memang Tidak Terduga
Pulangnya ke Rahmatullah bekas pelakon filem 80an Allahyarham Azmil Mustapha siang tadi di Shah Alam telah meninggalkan sedikit sebanyak kenangan . Mula2 penulis menonton lakonannya ialah filem Ali Setan yang turut di bintangi oleh Fauziah Ahmad Daud
Lakonan budak nakalnya sangat menjadi dan filem itu sentiasa diingati kerana beliau . Apabila waktu berlalu tanpa terduga , allahyarham berubah arah seratus peratus . Beliau menjadi seorang pendakwah sejati dan tidak pernah lagi membintangi sebarang filem . Ini lah kuasa Allah . Jika Dia mahu sesuatu itu terjadi , maka jadilah ia seperti kemahuanNya tanpa dapat di halang atau di bantah oleh sesiapa . Semoga roh allahyarham di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman
Apa yang berlaku kepada allahyarham Azmil Mustapha membuatkan penulis berfikir sejenak . Itu baru sedikit saja dari kekuasaannya . Ada banyak lagi yang kita tidak sedar dan tidak tahu ianya telah terjadi .Tetapi yang pasti ia berlaku kepada ramai orang dan juga peristiwa . Yang jahat boleh bertukar baik dan yang kaya boleh bertukar miskin . Yang pernah bahagia dalam hidup berumahtangga boleh bertukar hidup sunyi keseorangan . Demi waktu yang berlalu segala2nya tidak akan kekal pada situasi dan sifatnya .Bersyukurlah seandainya hidup terus kekal bahagia sehingga ke penghujungnya
Bercakap mengenai kuasa dan pengaruh , penulis adalah bekas penyokong kuat Umno . Bukan setakat penyokong kuat tetapi ' hardcore ' .Pada pilihanraya umum 2013 , penulis sangat aktif berdebat di Media Sosial dengan Cytro pembangkang terutama dari PAS . Ianya suatu perdebatan yang cukup hangat dan seringkali penulis berseorangan berdebat dengan mereka secara berjemaah . Namun itu tidak memberikan masalah besar kerana selagi kita tahu apa kelemahan dan kekuatan pihak lawan , segalanya akan menjadi mudah . Penulis masih ingat ada beberapa Cytro dari PAS mendoakan agar penulis di beri hidayah oleh Allah setelah mereka kehabisan idea untuk berhujah . Di waktu itu , ketika hendak tidur di waktu malam , datang suatu pertanyaan pelik ke dalam minda penulis iatu ,
AKU KAH YANG BENAR ATAU MEREKA ?
Harus di ingat PAS ketika itu di pimpin oleh pengaruh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang menyarankan politik merentasi bangsa dan agama . Tetapi PAS hari ini di pimpin oleh seorang pemimpin yang membawakan nilai2 yang berlawanan dari apa yang di bawakan oleh allahyarham Nik Aziz .Parti DAP dan perkauman sentiasa menjadi bahan.momokan . Sudah tidak dapat di bezakan lagi antara PAS dan Umno bila perkara seperti ini di sentuh
Waktu terus berlalu . Sedikit demi sedikit negara kita telah berubah . Ia di ubah oleh seorang pemimpin yang tidak ada sifat2 seorang pemimpin . Penulis mula menyimpan perasaan syak dan curiga di dalam diri . Adakah penulis sebenarnya telah menyokong pihak yang salah pada PRU 2013 yang lalu ? Adakah Allah telah memakbulkan doa Cytro PAS yang kehabisan hujah tempohari ?
Akhirnya Tun Dr Mahathir telah memberikan segala jawapan dan mengesahkan semua syak wasangka yang telah lama terpendam dalam hati penulis . Sememangnya bukan setakat penulis , tetapi beliau dan ramai lagi rakyat telah tersalah pilih . Hari ini penulis bersama2 Dr Mahathir dan rakyat yang memilih Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu hanya mampu meletakkan tangan di atas dahi sebagai tanda penyesalan . Nasi sudah menjadi bubur .
Negara kita sudah rosak dengan teruk sekali . Inilah padahnya jika ajaran kitab Umno lebih di lihat benar berbanding ajaran kitab suci . Allahyarham Nik Aziz berkali2 cuba menyampaikan mesej ini kepada kita semua tetapi sebagai balasan beliau di kutuk dgn semahu2nya . Hari ini.kita terpaksa terima segala perbuatan di masa lalu . Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi . Siapakah ' Aku ' di dalam soalan ' Aku Yang Benar Atau Mereka Yang Benar ' pada hari ini ?
Dahulu penulis adalah sebahagian dari ' Aku ' yang di maksudkan . Tetapi tidak lagi pada hari ini . Namun begitu masih ada ramai lagi ' Aku ' di luar sana yang belum di beri kesedaran . Penulis bertuah kerana ada yang pernah mendoakan agar di tunjukkan kebenaran dan akhirnya doa itu di makbulkan Allah .Sekeras2 hati penulis tetapi apabila Allah mahukan ia berubah , maka dengan ' Kun Fa Ya Kun ' , berubahlah ia secara perlahan2 . Tidak ada apa yang perlu di hairankan kerana Umar Al Khattab dan Khalid Al Walid yang jauh lebih keras dan ganas sifatnya itu pun boleh berubah dengan kehendakNya
Oleh itu bagi yang sedang hanyut di puncak kuasa ingatlah bahawa suatu hari nanti , segala2nya akan berubah dalam cara yang mereka langsung tidak terfikir .
Dalam ayat Tujuh telah di nyatakan ,
' Jika Allah Tidak Mengangkat Sesuatu Bala Itu Dari Seseorang , Maka Tiada Manusia Yang Akan Boleh Membantunya Dan Sekiranya Allah Melindungi Seseorang , Seandainya Langit dan Bumi Ini Menjadi Rapat , Nescaya Selamat lah Ia '
Selamat Malam
Rayyan Adam
14 Februari 2018
14 Februari 2018
Comments
Post a Comment