Cytro Umno dan BN 

 Hakikat dan Realiti Yang Perlu di Ketahui Oleh Dato Seri Najib Razak

Ianya sedikit simpati kepada Dato Seri Najib Razak yang masih percaya bahawa ' semuanya baik2 belaka ' .Bahawasanya ' my boy done very well ' .Penulis pasti itulah perkara yang sentiasa bermain dalam fikiran beliau apabila di sentuh mengenai perjuangan pro kerajaan dalam ' bertempur ' dengan Cytro pembangkang . Penulis pasti beliau sedang memikirkan anak2 buahnya dengan hebat mematahkan segala hujah2 dari Cytro pembangkang di Media Sosial . Oleh itu boleh tidur lena
Mari kita lihat realiti . Penulis salah seorang yang aktif dalam perdebatan isu 1mdb . Ada sekumpulan Cytro pembangkang yang merupakan pasukan tidak rasmi yang sentiasa berbahas dengan Cytro pro Umno . Apa yang penulis dapati ialah mereka gagal menjawab isu2 1mdb secara tuntas dan menyakinkan . Ianya sekadar cenderung kepada sebuah ' hearsay ' berbanding bukti2 yang jelas . Sebagai contoh ialah berkenaan perbahasan isu unit pelaburan Pulau Cayman dan isu dari mana Kementerian Kewangan dapat wang untuk membayar tuntutan IPIC ? Mereka hanya sekadar mengarang cerpen sendiri berbanding menunjukkan asas dan bukti mengenai perkara tersebut
Namun untuk berlaku adil , mereka tidak wajar di persalahkan sepenuhnya . Ini merujuk kepada tindakan Timbalan Menteri Kewangan yang menolak untuk memberi maklumat kepada wartawan dan menyuruh mereka minta jawapan di tempat lain . Sungguh tragis dan menyedihkan . Jika sumber maklumat itu sendiri sudah menolak untuk memberikan maklumat , apakah pula caranya Cytro Umno ingin berdebat dengan pembangkang ? . Pilihan yang ada ialah buat andaian sendiri dengan mengarang " cerpen "
Tetapi Cytro pro kerajaan yang seperti itu masih boleh di beri pujian kerana sanggup mara bertempur dan terus tegak berdiri walaupun mereka tahu sedang kalah teruk di hujung senapang pembangkang . Dan mereka juga tidak di bayar . Malangnya jumlah mereka tidak sampai pun melebihi sebelah jari , seingat penulis tiga orang . sahaja . Salah seorang darinya penulis ada sedikit rasa hormat kerana istiqamah beliau . Dan baru minggu lepas melangsungkan perkahwinan . Selamat pengantin baru di ucapkan
Yang menjadi isu besar di sini ialah golongan Cytro berbayar dan sukarela di pihak Umno dan kerajaan yang bertaraf amatur . Mereka ini menunjukkan sikap yang amat tidak terpuji di Media Sosial . Apabila sudah kehabisan hujah , mereka akan beremosi dan mula mengeluarkan perkataan yang tidak elok . Selepas itu menuduh pembangkang buat fitnah walhal mereka sendiri tidak dapat menunjukkan bukti dan asas hujah2 mereka . Apabila salah satu pihak mula beremosi , maka ia bakal di sambut oleh pihak satu lagi . Akhirnya perdebatan tersebut hanya sia2
Yang lebih parah lagi ialah apabila wujud Cytro kerajaan yang memadam komen lawan .Komen yang di padam bukanlah komen bersifat kotor yang lari dari isu , iatu komen mengaibkan lawan dengan isu peribadi . Tetapi ia adalah suatu komen tulen berkaitan isu yang sedang di perkatakan . Selepas itu mereka tuduh pula pihak lawan meroyan , tak perlu di layan , bukan level , dsb .Penulis berasa hairan , apa kaitan sebuah soalan yang berasas dengan semua perkara2 yang di sebutkan itu ? Ia seolah2 kita bertanya kepada rakan sebelah , sekarang pukul berapa ? Lantas di jawab , kamu ni meroyan dan bukan level aku . Tentu anda pernah mengalami pengalaman seperti ini
Dua hari lepas penulis terbaca posting dari salah seorang ketua kumpulan Cytro sukarela Kerajaan di wall Herman Haassan . Beliau mempersoalkan seorang pemimpin Ppbm yang di dakwanya memegang saham Umno walaupun individu tersebut bukan sesiapa di Umno . Lantas penulis membuat komen berbentuk soalan samada urusan tersebut di ketahui oleh pihak pengurusan Umno . Penulis mengharapkan ketua tersebut akan menunjukkan skil berbahas dengan anak buahnya yang ramai di situ .Penulis bermati2an menyangka individu tersebut akan menjawab dengan padu dan menyakinkan .
Tetapi apa sebenarnya yang berlaku ? Ketua tersebut telah padamkan soalan penulis sebanyak dua kali . Dan secara kebetulan anak buah beliau sedar hal itu .Lantas anak buahnya yang mungkin keliru telah membuat komen samada penulis telah blok beliau . Yang menariknya pula , ketua itu mahu mengaku bahawa beliau lah yang padamkan komen penulis . Si anak buahnya yang baru melabel penulis sebagai bacul , terus terdiam tanpa komen susulan . Mungkin samada berasa kecewa atau terkejut dengan sikap ketuanya . Seseorang yang sepatutnya di harapkan untuk di jadikan contoh dan inspirasi , tetapi telah memalukan pihak kerajaan dengan tindakan tersebut .
Dan ada lagi yang lebih menarik dan lebih memalukan Ketua tersebut yang mungkin menyimpan di dalam hati berkaitan respon balas penulis terhadap beliau , telah membuat video live pada malamnya . Modus operandinya ialah mencari posting2 lama penulis di wall yang boleh di jadikan alat untuk menarik anak buahnya untuk menyertai beliau bagi ' berperang ' dengan penulis . Beliau tidak menjawab persoalan yang di soal pada siangnya tetapi sebaliknya beliau mencari isu lain agar ' geng' nya boleh di hasut untuk bersama beliau bagi berhadapan dengan penulis .
Pada hemat penulis , seandainya ketua tersebut ada bakat sebagai ' The Last Samurai ' , beliau tidak perlu melakukan semua perkara yang mengaibkan itu . Cuma jawab sahaja soalan penulis . Dan dalam isu tidak berpuas hati mengenai posting penulis yang menyindir sikap penakut beliau , dia boleh terus jawab di bahagian komen yang pada waktu itu penulis buka setting nya untuk umum berkomen . Namun beliau tidak menyambut dengan cara budiman seorang Samurai yang tidak pernah menangguhkan pertarungan walau seminit
Apabila dua orang Samurai bertemu , mereka tidak pernah berkata begini , ...mari kita pospon pertarungan sebab saya hendak panggil geng saya kat video live pada malam ini " ..Tidak sesekali pernah berlaku begitu . Apa yang berlaku ialah mereka terus bertarung sehingga salah seorang akan mati . Dan Samurai yang tewas adalah seorang lawan yang di hormati oleh lawannya kerana dia mati dengan bermaruah . Ini lah sebabnya kerajaan Australia memberikan penghormatan ketenteraan ketika mengebumikan dua orang krew kapalselam Jepun yang terkorban ketika menyerang salah sebuah pelabuhan mereka ketika Perang Dunia kedua dahulu . Hidup bermaruah dan mati pun bermaruah . Kepada ketua kumpulan tersebut saya seru hiduplah sebagai manusia yang berani lagi bermaruah dengan menghadapi lawannya secara budiman . Memanggil geng adalah sifat manusia lemah dalam sebuah pertarungan antara dua individu
Oleh yang demikian saya seru Dato Seri Najib turunlah padang dan cuba dengar pula pandangan Cytro pembangkang dalam sebuah dialog tertutup . Agar beliau tidak terus tertipu dengan lapuran penasihatnya bahawa ' Everything is okay ' . Cuba dengar aduan dari wakil2 Cytro pembangkang mengenai JASA . Mengenai kewujudan ahli2nya yang di bayar gaji tetapi tidak mampu menyalurkan maklumat kepada rakyat tetapi sebaliknya memadamkan komen2 berbentuk soalan dengan niat untuk menjaga reputasi mereka sebagai pegawai JASA yang berilmu .
Dan dengar juga lapuran dari Cytro pembangkang mengenai sikap Ketua kumpulan sukarela Cytro kerajaan yang tidak menunjukkan contoh yang wajar kepada anak buahnya . Semoga hati Dato Seri Najib terbuka untuk berbincang permasalahan ini dalam sebuah dialog tertutup tanpa kehadiran wartawan dan telefon pintar setiap peserta dialog di syaratkan tidak boleh di bawa masuk . Sesiapa yang boleh tag artikel ini minta jasa baik untuk tag kepada Dato Rizal Mansor dan Tan Sri Fuad Zarkashi
Penulis ingin menyarankan agar sebuah perbahasan terbuka di Media Sosial antara Cytro pembangkang dan Cytro kerajaan bagi setiap isu negara . Kedua pihak akan melantik wakil2 pembahas mereka sebagai pembuka perbahasan pada hari pertama . Selepas 24 jam , semua facebooker yang mahir dalam isu boleh menyertai perbahasan . Syarat2 perbahasan adalah ketat dan akan di tetapkan awal2 oleh sebuah jawatankuasa bersama . Tempoh selama tujuh hari adalah tempoh yang di buka untuk sesuatu isu di bahaskan .
Pada hari kelapan , ketua pembahas akan menggulung semua hujah yang telah di berikan oleh pihak mereka selama tujuh hari . Sejarah rekod perbahasan tidak akan di padam dan akan di simpan sebagai bukti dan rujukan di masa depan . Perbahasan ini boleh di ikuti pada bila2 masa oleh Dato Seri Najib Razak , PMO , Tun Dr Mahathir dan 30 juta rakyat Malaysia yang memiliki akaun fb
Tidak akan timbul lagi soal komen kena padam atau Ketua melarikan diri dari menjawab komen . Saya mohon saranan ini di bincang oleh rakan2 dari kawan dan lawan yang saya tag dalam posting ini
Semoga kita akan menjadi facebooker yang lebih berhemah , berani , berilmu dan berwibawa
ILMU ITU PELITA HIDUP
Sekian terimakasih - Selamat Pagi Isnin
Rayyan Adam
19 Februari 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF