Benarkah Umno Tidak Bersalah ?
Ada satu pendapat ' luarbiasa ' di utarakan oleh penyokong kerajaan yang cuba bermain saikologi dengan bakal pengundi PRU14 . Mereka dakwa kenapa nak jatuhkan Umno kerana Umno tidak bersalah , yang bersalah cuma individu tertentu ?
Penulis ingin bertanya , benarkah pendapat tersebut ? Untuk tips dan jawapan , penulis akan beri pendapat dari sudut sejarah .
Lihat Jerman di era Perang Dunia Kedua . Parti Nazi menang pilihanraya dan memerintah Jerman . Adolf Hitler adalah ketua mereka . Hitler tidak terus berjaya menjadi Canselor sekiranya tidak menerusi platform Nazi
Menjelang Mei 1940 , Jerman telah berjaya menakluki Perancis . Pada waktu inilah beliau mendedahkan niatnya untuk menakluki seluruh Eropah . Beberapa orang Jeneral nya berbisik sesama sendiri bahawa Hitler telah gila . Namun , apakah yang boleh mereka lakukan ? Mereka cuma beberapa orang , sementara Parti Nazi di anggotai oleh jutaan rakyat Jerman dan telah memenangi pilihanraya ? Sejarah cuma boleh berubah sekiranya seluruh Parti memecat Hitler sebagai Canselor dan membiarkan kemaraan askar Jerman terhad kepada Perancis . Seterusnya mereka akan terus berbaik2 dengan Josef Stalin untuk menjadikan AS tidak berani masuk campur untuk bersekutu dengan Great Britain . Tetapi apa sebenarnya yang telah berlaku dalam sejarah ?
Rakyat Jerman merasa amat bangga dengan kejayaan Hitler . Parti Nazi telah merasa amat taksub dengan Canselor hebat mereka . Sesiapa yang berjaya di kesan oleh Gestapo cuba menjatuhkan Hitler akan berakhir riwayat mereka di tali gantung . Tetapi hari pengadilan tetap tiba . Hitler buat silap . Beliau menakluki seluruh Eropah dan cuba menawan Afrika Utara . Tenteranya tersebar luas untuk menjadikan mereka tidak benar2 kukuh untuk berperang dalam suatu kawasan yang lebih kecil . Kesilapan yang membawa maut ialah apabila Hitler mengistiyarkan perang dengan AS dan Rusia secara serentak . Benarlah kata2 Jeneralnya sebelum ini bahawa Hitler telah gila
Apa kaitan kisah Hitler dengan senario politik negara pada hari ini ?
Kaitannya ialah semua kesengsaraan yang di timpa ke atas sesebuah negara itu adalah PILIHAN rakyat mereka sendiri . Dalam konteks Jerman , rakyat mereka yang memilih Parti Nazi untuk berkuasa dan seterusnya Nazi terus membiarkan Hitler menjadi Canselor Jerman walaupun pada penghujung tahun 1944 , Jerman telah jelas tidak ada peluang untuk menang perang . Oleh itu di penghujung 1944 , Presiden Roosevelt membenarkan penggunaan bom api yang dasyat untuk di gugurkan di Berlin .
Bom ini membakar kediaman dan manusia seperti daging yang di salai . Berlin hancur lebur , begitu juga bandar2 Jerman yang lain . Tetapi rakyat Jerman masih membiarkan Nazi berkuasa . Pemimpin2 atasan Nazi seperti Josef Goebbels dan Herman Goering terus taksub dengan Hitler . Cakaplah apa saja , namun mereka terus mempertahankan Hitler . Salah seorang pemimpin Nazi yang tidak sehaluan telah terbang bersendirian ke Great Britain pada 1940 untuk mohon perdamaian dengan Churchill , tetapi di tolak . Beliau ialah Menteri Luar Nazi , Von Ribbentrop
Hitler dan seluruh Parti Nazi menggelar pemimpin tersebut sebagai pengkhianat dan melabel beliau sebagai gila . Tetapi akhirnya , siapa yang gila ? Dan siapa sebenarnya pengkhianat ? Janji asal Hitler kepada Jeneralnya ialah setakat merampas kembali kawasan arangbatu Alsace dan Lorraine dari Perancis Tetapi apa yg beliau buat akhirnya ialah cuba menakluki seluruh Eropah dan membuat keputusan gila untuk berperang dengan AS dan Rusia . Siapa yg menanggung padah dari semua ini ?
Hitler tidak menderita bertahun2 akibat dari perbuatannya , tetapi beliau cuma menderita sekali sahaja iatu semasa peluru pistol yg di tembaknya sendiri ke kepala beliau menembusi otaknya . Tetapi rakyat Jerman yg di tinggalkanya , terpaksa menderita akibat di seksa dan di rogol oleh askar2 Bersekutu dan Rusia
Tidakkah pembaca semua merasa insaf dengan pengajaran dari sejarah Jerman ? Kita sendiri yg patut menyalahkan diri sendiri jika terseksa dan menderita dgn pilihan yg di lakukan . Siapa yang akan memilih Umno dan Barisan Nasional untuk terus memerintah negara sekiranya mereka menang dalam PRU 14 ? Dan siapa pula yang akan terus menjulang Najib Razak sebagai Perdana Menteri ?
Seterusnya siapa pula yang akan terus memilih Najib Razak sebagai Presiden Umno untuk membolehkan beliau terus layak menjadi Perdana Menteri ? Bukankah ahli2 Umno yang akan di beri tanggungjawab tersebut ? Oleh itu sekiranya rakyat negara ini merasa hidup mereka lebih sengsara selepas PRU14 , jangan salahkan Allah , tetapi salahkan diri sendiri . Sekiranya ahli2 Umno merasa menyesal terus memilih Najib Razak menjadi Presiden mereka selepas PRU14 , jangan salahkan sesiapa . Itu adalah kesalahan mereka sendiri .
Rakyat seluruh negara bakal menderita akibat kesalahan yang di lakukan oleh sebahagian dari mereka . Azab yg di turunkan Allah tidak akan pergi hanya kepada mereka yg memilih kebatilan tetapi yg lain2 juga turut sama tertimpa . Belajar dari sejarah . Azab dari kesalahan Hitler bukan tertimpa hanya kepada penyokong Nazi tetapi seluruh rakyat Jerman merasai pedihnya . Sesungguhnya Allah Maha Adil . Rakyat Jerman memilih Nazi dan Nazi memilih Hitler . Oleh itu seluruh negara wajar di pertanggungjawabkan
Adakah kita masih mahu berkata Umno tidak bersalah ? Adakah kita masih mahu berkata diri sendiri tidak bersalah ? Mungkin anda tidak pangkah BN , tapi anda juga tidak pangkah sebarang Parti , dan anda juga tidak berbuat apa2 , samada hati , lidah atau pena untuk cuba memperbetulkan keadaan . Inilah kesalahan yg anda buat . Tidak berbuat apa2 menentang kebatilan sama seperti menyokong kebatilan . Oleh itu wajarlah bagi anda menerima azab
Dan bagi yg menentang kebatilan , hanya doa saja yg dapat di pohonkan agar azab kami dapat di ringankan sekiranya Barisan Nasional dan Najib Razak terus memerintah negara ini selepas PRU 14 . Semoga simpang malaikat 44 perkara ini boleh terjadi . Sama2 kita berdoa
Selamat berhujung minggu
Rayyan Adam
18 Mac 2018
18 Mac 2018
Comments
Post a Comment