Arul Kanda Dan Kerja Sia2nya
Saya setuju dengan pendapat seorang ' hardcore ' Umno yang berfikiran terbuka bahawa Arul Kanda dari dahulu kini dan selamanya hanya buat kerja sia2 . Beliau adalah individu yang paling mengetahui semua maklumat2 1mdb samada yang di nyatakan atau yang di sembunyikan dari rakyat . Oleh itu beliau adalah individu yang paling layak untuk menjelaskan kepada rakyat segala permasalahan 1mdb
Namun selama ini apa yang di perhatikan ialah Arul Kanda cuma bersedia untuk menjelaskan isu 1mdb kepada kumpulan rakyat yang menjadi penyokong kerajaan atau pro kerajaan tetapi tidak pernah mahu berhadapan dengan rakyat yang pro pembangkang dalam sebuah forum atau dialog terbuka . Yang lebih menghairankan lagi ialah beliau di katakan seorang pendebat yang mahir . Oleh itu mengapakah selama ini beliau mengelak untuk memberi penjelasan secara berdepan dengan pembangkang ?
Golongan pembangkang yang di maksudkan di sini ialah mereka yang berlatar belakang profesional seperti Peguam , Akauntan , Ahli Perbankan , Pengarang akhbar dll . Barulah boleh di katakan Arul Kanda bertemu dengan mereka yang sama level ilmu dan pengetahuan berkenaan operasi 1mdb . Dari situ rakyat boleh menilai samada pihak kerajaan kah yang membuat berita palsu atau pihak pembangkang kah yang membuat fitnah ?
Namun sehingga ke hari ini sesi penerangan oleh Arul Kanda hanya dalam bentuk tertutup dan di hadiri oleh penyokong kerajaan terutamanya penyòkong Umno . Sudah pastilah apa saja yang di jelaskan oleh beliau akan di terima ATAU para pendengar memaksa diri mereka untuk mempercayai apa yang di jelaskan . Tiada pilihan lagi kecuali mesti percaya dengan apa yang di jelaskan atau mereka sendiri akan membantu Arul Kanda ' mengubah suai ' kebenaran .
Pernah pada suatu ketika Arul Kanda mengumumkan secara terbuka bahawa mungkin terdapat penipuan secara besar2an terhadap 1mdb oleh sebuah entiti palsu . Tidak lama kemudian keluarlah di Media Sosial wira ' spin ' dari pihak kerajaan menyatakan bahawa wang yang di miliki oleh Jhe Low dan Riza Aziz adalah milik Aabar BVI dan bukan wang milik 1mdb lagi . Ini yang di maksudkan dengan kebenaran yang telah di ubah suai walaupun Arul sendiri telah menyatakan sebaliknya
Apakah faedahnya semua sesi penjelasan ini kepada rakyat ? Kepada kerajaan ? Rakyat sedar penjelasan Arul tidak akan di soal semula oleh mereka yang sama tahap dengan beliau , walau pun hadirin yang hadir terdiri dari kalangan profesional , di sebabkan anutan politik . Bagi pihak kerajaan , adakah itu akan memberi undi tambahan kepada mereka ? Sudah pasti tidak kerana mereka sebelum ini pun mengundi Barisan Nasional
Kesimpulannya ini adalah pemerintahan milik peribadi dan sekawan manusia . Mereka hanya berkumpul sesama sendiri dan terus mencari jalan untuk mengekalkan kuasa . Tiada ketelusan . Tiada kejujuran . Apa yang mereka lakukan sudah tidak boleh di persoal oleh sesiapa . Kalau cuba hendak menjadi hero seperti Dato Khairuddin , mereka akan usahakan proses untuk membawa masuk ' ke dalam ' . Ke dalam mana ? , usah di tanya . Dan mesej kepada rakyat ,
TAKE IT OR LEAVE IT !
Segala permohonan dan rayuan dari Dr Mahathir agar mereka yang bertanggungjawab hadir dalam sesi dialog terbuka seperti ' Nothing To Hide ' langsung tidak di endahkan .Begitulah keadaannya apabila merasakan negara ini telah menjadi milik peribadi
Kepada bakal pengundi sila buat semakan daftar pengundi . Kebarangkalian anda terkejut adalah amat tinggi . Beginilah keadaannya apabila ada pihak yang di depannya ada harimau dan di belakang ada gaung . Apa saja akan di.lakukan untuk terus hidup . Anda sendiri yang akan menentukan nasib masa depan negara ini . Bukan Donald Trump atau Presiden China .
Sukarno dengan kata2nya ,
Bukan kapalterbang dari Moscow atau meriam dari Turki yang akan datang membantu untuk menyelamatkan bangsa ini tetapi kita lah yang akan menentukan untung nasib negara kita sendiri '
Selamat Bercuti
Rayyan Adam
15 Februari 2018
15 Februari 2018
Comments
Post a Comment