Apabila Hujah Sudah Tidak Menjadi

Think Tank Umno terlalu lambat menyedari bahawa segala hujah2 teknikal mereka berkaitan 1mdb adalah suatu hujah yang sia2 di mata rakyat . Hujah2 yang mereka gunakan untuk menangkis serangan PH berkaitan kesalahan Najib Razak adalah semata2 penafian yang di sandarkan kepada hujah2 teknikal
Contoh hujah ialah seperti Dato Sri Najib tidak pernah di sabitkan kesalahan oleh mana2 Mahkamah dalam isu 1mdb . Contoh kedua ialah PAC tidak melapurkan Najib Razak bersalah . Contoh ketiga ialah Peguam Negara telah melepaskan Najib Razak dari segala dakwaan . Ketiga2 hujah semuanya berdasar kepada teknikal
Tetapi hujah teknikal ada had untuk di terima oleh rakyat . Sehingga apabila datangnya bukti yang tidak boleh di pertikai , hujah teknikal akan hilang kuasa nya untuk menangkis serangan . Ia seperti ahli sihir yang bertemu dengan seorang alim yang membacakan ayat2 yang kuasanya bersifat hakiki berbanding sihir yang lebih merupakan ilmu silapmata . Ahli sihir tiba2 menjadi kerdil kerana kuasa silapmatanya telah di atasi oleh kuasa hakiki yang paling berkuasa
Begitulah yang terjadi pada awal 2016 ketika PAC menjadi sandaran kepada hujah2 teknikal pro Umno yg mempertahankan Dato Seri Najib . Bagai nak runtuh langit ketika mereka dgn begitu bersemangat mendakwa PAC telah melapurkan tiada bukti Najib Razak bersalah
Tetapi pada Julai 2016 , segala2nya berubah . DOJ 1.0 telah menjadikan lapuran PAC ' obselete ' dan tidak bermakna . Sememangnya DOJ tidak mendakwa Najib Razak bersalah secara langsung , tetapi bukti2 " hakiki " di dalam lapuran mereka telah menjadikan hujah2 teknikal barisan Panglima Najib Razak hilang segala kuasanya dan bertukar menjadi hujah yg lucu
Tidak di dakwa dan di sabitkan di Mahkamah bukan beerti bukti2 hakiki dalam DOJ 1.0 itu palsu . Dan di tambah lagi Najib Razak tidak pernah menafikannya . Untuk menang pilihanraya , perkara ini sudah memadai untuk di ulang2 setiap hari kepada bakal pengundi sehingga ia membentuk suatu persepsi yg amat kuat di dalam minda mereka . Inilah yg di sarankan oleh pakar propaganda , Dr Josef Goebbel . Dalam isu ini , PH tidak perlu bimbang mengenai dosa pahala kerana apa yg di ulang2 itu adalah FAKTA , bukan fitnah atau rekaan
Sehinggalah baru2 ini Think Tank Umno menyedari segala hujah2 teknikal mereka adalah suatu kerja yg sia2 lagi bodoh . Pengundi tidak akan terpengaruh dgn segala hujah2 teknikal yg rumit di media sosial . Kebanyakan dari mereka tidak akan memilih utk pening kepala membaca perdebatan teknikal antara Lim Sian See dan pasukan debat 1mdb dari PH . Tetapi minda mereka amat mudah menerima dan menyerap cerita yg mudah di fahami mengenai bukti2 hakiki yg menyakinkan mereka bahawa Najib Razak sudah tidak layak lagi memerintah negara ini
Akhirnya kesimpulan pun di buat . Tukar strategi . Untuk menghalang pembentukan persepsi dalam minda pengundi , cerita2 mengenai 1mdb mesti di halang . By hook or by crook . Dan Akta yang tidak masuk akal pun di cipta secara tergesa2 . Musnah sudah Negaraku
Oleh itu insaflah semua kerana negara ini telah berada di ambang binasa . Pilihan terletak di tangan kita . Mahu binasa atau mahu berubah . Tanya diri sendiri . Pilihan di tangan anda . Gunakan ia sebaik mungkin
Selamat Malam
Rayyan Adam
28 Mac 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF