1Mdb : Buat Bisnes Semua Tak Jadi

Sebaik saja Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri , terus saja beliau menubuhkan 1mdb yang asalnya milik kerajaan Trengganu . Tak dapat di fahami mengapa beliau seperti begitu tergesa2 dalam perkara ini memandangkan Khazanah Nasional boleh memainkan peranan yang cuba di bawakan oleh 1mdb
Cuma apa yang jelas ialah kerajaan Barisan Nasional telah kehilangan lima negeri kepada pembangkang , termasuk Selangor dan Pulau Pinang pada pilihanraya 2008 . Selangor dan Pulau Pinang adalah antara negeri terkaya di Malaysia
Perniagaan 1mdb yang pertama ialah ' joint venture ' bersama Petrosaudi , sebuah syarikat yang mendakwa bergiat aktif dalam usaha carigali minyak . Pemiliknya adalah rakan ' sedisko ' kepada Andre Justo . Pernah menyewa suatu ruangan kecil pejabat di premis Justo yang menempatkan sebuah meja . Di situlah Petrosaudi bermula
September 2009 . Usahasama pun bermula . Belum dapat di pastikan nilai aset Petrosaudi , tetapi Pengerusi Penasihat 1mdb , Dato Seri Najib enggan bersetuju agar lebih tempoh masa di berikan untuk membuat penilaian kedua oleh penilai bebas . Tanpa persetujuan ahli lembaga Pengarah ( BOD ) , Ketua Pegawai Eksekutif , Shahrol Helmi terus membayar kepada akaun syarikat usahasama 1mdb - Petrosaudi sebanyak 1 billion . Tetapi entah bagaimana , dan mengapa , siapa , untuk apa , sebanyak 700 juta masuk ke akaun bank Jhe Low . Siapa orang ini ? Dia bukan salah seorang pemilik Petrosaudi ? . Dan beliau juga bukan sesiapa dengan 1mdb ?
Lembaga Pengarah menjadi kecoh . Ketua eksekutif di minta ' refund ' kembali apa yang telah di bayar . Namun semua sudah terlewat . Akibat dari itu ada yang letak jawatan . Enam bulan kemudian usahasama di tamatkan . Tetapi wang 1 billion tak dapat kembali . Sebaliknya di dakwa ia di niagakan dalam bentuk lain . Agak sukar nak di tulis di sini kerana ia ' maha ' berbelit2 . Cukup sekadar di tulis riwayatnya seperti lagenda Hang Tuah . Ada yang mengatakan ia wujud . Ada yang mengatakan ia mitos
Yang pasti tiada suatu kisah yang boleh di katakan fakta . Begitu juga dengan nasib wang 1 billlion 1mdb yang di bayar ke Petrosaudi . Mula2 di katakan wang tunai yang tersimpan di Singapura . Selepas itu di tukar kepada ' just unit ' . Selepas itu di katakan di simpan di sebuah institusi yang di rahsiakan . Seolah2 ini sebuah filem James Bond dan wang tersebut milik bapa beliau . James Bond bebas untuk temberang musuh2nya dari kalangan Mafia yang sedang berebut untuk.mencuri wang tesebut . Logik kah ini semua ? Dah jadi seperti kisah Mafia ? Walhal ini adalah kisah berkenaan sebuah negara , rakyat , Parlimen dan Perdana Menteri ?
Selepas itu terbit lagi bon untuk cari modal . Sebelum itu dah wujud hutang lima billion ringgit . Dapat modal nak berniaga sektor tenaga pula . Tapi tak menjadi . Janakuasa yang di beli di jual semula kepada negara asing . Dapat hasi jualan untuk bayar hutang . Selepas itu terbit kan lagi bon . Katanya nak berniaga hartanah pula . Tetapi yang ini adalah kemuncak segalanya . Nak di tulis terlalu berbelit , lebih berbelit dari kes ' just unit ' . Warren Buffet pun tak sanggup baca sampai habis jika ia di tulis secara terperinci . Cuma di nyatakan secara mudah suatu pepatah Melayu iatu hujung hilang pangkal lesap .
Berbilion wang yang di perolehi dari terbitan bon tak tahu apa jadi ? Setiap kali di minta penjelasan di katakan tiada wang yang hilang . Penulis artikel tak mahu tulis mengenai IPIC atau Aabar palsu . Itu sebenarnya masalah 1mdb . Mereka berkata tiada wang yang hilang dan oleh itu mereka bertanggungjawab buktikan kata2 mereka di atas penyata kewangan yang di audit . Selagi tiada penyata kewangan tersebut sebagai BUKTI , maka wang 1mdb di anggap hilang dan seluruh ahli lembaga Pengarah , Ketua Eksekutif dan Pengerusi Penasihat akan bertanggungjawab .
Dunia ini tetap berputar dan esok matahari tetap terbit jika hari belum kiamat . Kepada agen2 propaganda Dato Seri Najib , jalankanlah tugas anda untuk terus bermain ' gasing ' . Pusingkan gasing laju2 dan waktunya akan sampai gasing akan kehilangan tenaga untuk.meneruskan pusingan . Jika nasib kurang baik , gasing yang sedang ligat berpusing akan kena ' hentam ' dengan sebuah lagi gasing yang lebih hebat pusingannya ....sooner or later , insyaallah
Selamat Malam
Rayyan Adam
3 March 2018

Comments

Popular posts from this blog

KISAH KEBANGKITAN CHINA

SWEET MEMORY

THE STORY OF GRIEF