1Mdb : Apa Pilihan Yang Ada ?
Telah masuk hari kedua Media Sosial di penuhi dengan berita rampasan kapal Jhe Low yang di katakan berasal dari wang 1mdb . Syabas kepada pihak berkuasa Indonesia yang telah menunjukkan kepada dunia bahawasanya negara itu telah berubah 360 darjah .
Mereka ' membutuhkan " lapan hari sahaja untuk bertindak merampas aset hasil wang ' kejahatan ' ,sementara negara yang menjadi punca ' wang kejahatan ' terus membutuhkan lagi waktu untuk terus menyiasat dan menyiasat , dan ia terus membutuhkan waktu demi waktu sehingga ada yang hilang sabar Mungkin di jangka selepas kucing telah tumbuh tanduk di kepala barulah siasatan selesai , sehingga ia tidak butuhkan apa2 lagi . Dan di jangka siasatan tersebut cuma bersifat akademik sahaja kerana setakat ini tiada sesiapa yang di tahan di atas kesalahan cuai atau pecah amanah .
Menurut undang2 , kejahilan bukanlah suatu jenayah . Menandatangani dokumen tanpa mengetahui isi kandungan di dalamnya bukanlah suatu jenayah . Anggaplah ia sebagai suatu takdir . Anggaplah ia adalah urusan Tuhan . Yang penting ialah terus Tabayyun dan Taawun . Terus bersangka baik sehingga ke hari kiamat. Yang penting kuasa mesti di kekalkan .
Buat2 lah pejam mata dan berlakonlah seolah2 tidak ada apa2 berlaku . Kalau perlu minumlah ubat yang boleh buatkan otak lupa bahawa 52 billion dah pergi begitu sahaja tanpa hasil . Buat2 lah lupa masih ada 30 billion ringgit perlu di bayar sebagai hutang , tak termasuk bunga tahunan 1.5 billion ringgit . Nanti bila sampai waktu nak bayar hutang , pandai2 lah sakau dari mana2 tempat . Yang penting buat2 tak tahu semua ini wujud dan masih terus wujud .
Bergurulah dengan pakar psikiatri yang mahir dalam hal2 begini . Itu adalah pilihan pertama . Pilihan yang terakhir ialah....yang ini sangat ekstrem kerana ia melibatkan bilik berukuran beberapa kaki panjang dan beberapa kaki lebar . Sebagai orang Islam tak usahlah pilihan ini di bincangkan . Tidak elok mendahului ketentuan Tuhan
Oleh itu pilihan yang mana satu harus di lakukan ?
Tepuk dada tanya selera
Tepuk dada tanya selera
Rayyan Adam
2 March 2018
2 March 2018
Comments
Post a Comment